DigiTechKelab DigiTech

KELAB DIGITECH PBU

Maklumat Kelab

Kelab bukan akademik untuk pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau.

01

LATAR BELAKANG

Latar Belakang

Kelab Digitech telah dirancang penubuhannya sejak April 2024 sebagai salah satu inisiatif bagi memenuhi keperluan institusi di bawah pengiktirafan Premier Digital Tech Institution (PDTI) yang diperkenalkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Kelab ini merupakan sebuah kelab bukan akademik yang dikhususkan kepada pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Balik Pulau.

Penubuhannya diharapkan dapat menjadi medium untuk memperkukuh penglibatan pelajar dalam aktiviti pembangunan teknologi digital, inovasi, kepimpinan dan kesukarelawanan selaras dengan aspirasi MDEC serta Politeknik Balik Pulau.

02

HALA TUJU

Misi

Misi Kelab Digitech adalah untuk menjadi platform interaksi sosial yang dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar JTMK melalui pelbagai aktiviti yang menyokong pembangunan holistik pelajar.

Selain itu, kelab ini juga berperanan sebagai platform utama dalam pelaksanaan aktiviti berkaitan Premier Digital Tech Institution (PDTI) yang menjadi rujukan kepada MDEC dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau.

03

IDENTITI

Logo Kelab

Logo Kelab Digitech melambangkan gabungan elemen teknologi digital dan kecerdasan yang menjadi identiti utama kelab. Reka bentuk logo yang menggabungkan imej otak dan litar elektronik menggambarkan penerapan inovasi, kreativiti, pemikiran kritis serta penggunaan teknologi dalam kalangan ahli kelab.

Logo ini turut mencerminkan aspirasi Kelab Digitech untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

RUANGAN LOGO KELABMasukkan fail sebagai assets/images/logo-kelab.png
04

KEAHLIAN

Pendaftaran Ahli Kelab

Pendaftaran dibuka kepada pelajar JTMK. Maklumat yang dihantar akan direkodkan terus dalam database ahli kelab.

Daftar Sebagai Ahli
05

JAWATANKUASA SEMASA

Senarai Jawatankuasa Kelab

Pelantikan yang telah disimpan oleh pentadbir akan dipaparkan secara automatik di sini.

PENGERUSI MUHAMMAD AMIR IZZAT BIN ABDUL WAHAB DIT3C
NAIB PENGERUSI PAVITRAA MONII A/P MUNIA KANNU DIT3A_S1
SETIAUSAHA Harrish A/L A Maayatharan DIT1I
PENOLONG SETIAUSAHA MOHAMAD ADDEEN KAMIL BIN MOHD FARID DIT3J_S6
BENDAHARI THARANISWARAN A/L SARGUNAN DIT3F
EXCO PROGRAM & AKTIVITI VEEMAL A/L VIJAYANDRAN DIT3E
EXCO AKADEMIK & LATIHAN NAVINAESH A/L CHANDREN DIT3C
EXCO MULTIMEDIA & KREATIF NUR AMIRAH BINTI AZLAN DIT3J
EXCO MEDIA SOSIAL & PUBLISITI YOOTESHWAR A/L KRISHNAN DIT3E
EXCO TEKNIKAL & ICT ASHWIKAH DIT3E